More info
✨READY STOCK✨
🌷 SINOPSIS 🌷
Kitab "Allah: Syariat dan Hakikat - Suatu Penghuraian" (Edisi Kemaskini - Versi Rumi) ini membicarakan perihal aqidah Ahlul Sunnah Wal Jamaah, merungkai beberapa permasalahan di sekitarnya serta memberi pedoman tentang bagaimana untuk membebaskan diri dari syirik dan aqidah yang batil.
Oleh kerana metodologi perbahasan yang dibawa oleh penulis ialah tauhid sufi, maka kami menyambut baik saranan dan nasihat agar meletakkan 'disclaimer' dengan pernyataan bahawa, buku ini khusus untuk individu-individu yang mendalami akidah, syariah serta tasauf dan dipelajari secara talaqqi di hadapan mereka yang ahli (berguru).
Kami memohon maaf atas segala kekurangan dan kelemahan yang terdapat dalam kitab ini. Sebarang pandangan dan teguran membina amatlah dialu-alukan, mudah-mudahan ia memberi kebaikan kepada kita semua. Insya Allah.