More info
✨READY STOCK✨
🌷 SINOPSIS 🌷
Beragam pemikiran yang terdapat dalam masyarakat yang begitu universal serta boleh mencetuskan perbalahan adakalanya menyebabkan sesuatu permasalahan akidah seringkali menjadi sulit sedangkan Islam memerintahkan supaya umatnya berakidah dengan akidah yang benar iaitu Ahli Sunnah wal Jama'ah. Tujuannya hanya untuk mendapat keredhaan Allah Taala, mengikuti Sunnah Rasulullah SAW juga menjamin perpaduan antara sesama Islam.
Seiring berkembangnya zaman dan teknologi, pelbagai fahaman yang mencabar keabsahan Ahli Sunnah wal Jama'ah sebagai akidah yang benar semakin berkembang dan mula memasuki ke dalam masyarakat. Ini menjadikan perpaduan antara masyarakat semakin longgar serta perlakuan takfiri dan ekstremisme meningkat dalam kalangan masyarakat.
Oleh itu, pihak jabatan ini mengucapkan tahniah kepada Ustaz Mohd Hanif bin Ibrahim atas terjemahan dan syarahan Risälah Al-Bäjüri fi al-Tauhid. Ini adalah salah satu usaha yang murni untuk memudahkan penuntut-penuntut ilmu agama dan juga orang awam memahami akidah Ahli Sunnah wal Jama'ah melalui pembacaan dan pembelajaran.
Jabatan ini berharap semoga terjemahan dan syarahan ini bermanfaat bagi umat Islam di Malaysia amnya dan negeri-negeri khususnya dalam menambah wawasan mengenai prinsip akidah dalam Islam.
S.S Dato' Haji Mohd Yusof Bin Haji Ahmad
Mufti Kerajaan Negeri Sembilan Darul Khusus